Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perniagaan atas trak mampu tingkat ekonomi belia

    PUTATAN, 8 Okt – Perniagaan atas trak merupakan satu usaha yang boleh meningkatkan ekonomi dalam kalangan belia seiring dengan kemajuan negara.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin berkata perniagaan jenis itu memberi banyak manfaat kepada usahawan muda, khususnya dalam menjimatkan kos perniagaan dari segi sewa premis dan kos elektrik serta air, di samping dapat mendekati pelanggan di lokasi berbeza.

    “Secara tidak langsung, ini akan memberikan kesan positif kepada pemasaran dan perkembangan perniagaan tersebut.

    “Dengan teknologi yang berkembang pesat di Sabah dan Malaysia amnya, belia yang ingin menceburi bidang perniagaan perlu mencari jalan terbaik dan tidak hanya tertumpu kepada kaedah konvensional untuk bersaing dengan usahawan lain,” katanya ketika merasmikan Karnival ‘Business On Truck’, di sini, hari ini.

    Yahya juga menyarankan agar usahawan muda sentiasa kreatif memenuhi citarasa semasa masyarakat. – Bernama

    Salah sebuah trak yang diusahakan oleh beberapa orang belia menjalankan perniagaan makanan kepada orang ramai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda