Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Perniagaan catat sentimen optimistik bulan Okt 2022

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Sub indeks Keadaan Perniagaan iaitu indeks utama Indeks Sentimen Perniagaan (BSI) adalah 50.1 bagi September 2022 di mana ia menunjukkan bahawa secara amnya, perniagaan sektor swasta berpandangan optimistik terhadap keadaan perniagaan bagi September di atas jangkaan aktiviti jualan dan projek yang akan meningkat berikutan musim cuti persekolahan serta acara-acara yang akan diadakan sepanjang bulan berkenaan.

    Walau bagaimanapun, beberapa syarikat berpendapat bahawa keadaan perniagaan akan merosot disebabkan oleh peningkatan jumlah penduduk yang akan melancong ke luar negara semasa cuti penggal persekolahan.

    Sementara itu, sesetengah syarikat menjangkakan keadaan perniagaan adalah lebih kurang sama pada September berbanding dengan bulan sebelumnya.

    Memandang ke hadapan, perniagaan secara amnya optimistik terhadap prestasi mereka pada Oktober 2022 dengan indeks bagi keadaan perniagaan satu bulan ke hadapan di tahap 50.3 di mana ia didorong oleh jangkaan peningkatan projek dan aktiviti berbanding dengan September 2022.

    Dapatan itu adalah hasil daripada Indeks Sentimen Perniagaan (BSI) bagi Negara Brunei Darussalam bagi September 2022 yang diterbitkan oleh Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), hari ini.

    Indeks itu adalah berdasarkan kaji selidik ke atas lebih 600 perniagaan bersaiz mikro, kecil, sederhana dan besar daripada 11 sektor ekonomi dari kesemua daerah di Negara Brunei Darussalam di mana terdapat sembilan sub indeks dalam BSI.

    Sub indeks Pelaburan adalah 50.1 bagi September 2022, 50.1 untuk satu bulan di hadapan dan 50.2 bagi tiga bulan ke hadapan di mana indeks itu menunjukkan secara amnya, para peniaga menjangka akan meningkatkan pelaburan mereka pada September dan Oktober 2022 serta juga tiga bulan seterusnya.

    Ini termasuk pembelian bahan-bahan bagi projek, peralatan, mesin dan kenderaan syarikat, pengubahsuaian dan pengembangan premis perniagaan termasuk ladang-ladang, pembukaan cawangan baharu serta penambahan stok inventori.

    Sementara itu, sub indeks Pengambilan Pekerja adalah 49.9 bagi September 2022 dan 49.9 bagi satu bulan ke hadapan di mana ia menunjukkan perniagaan secara amnya menjangkakan jumlah pekerja akan berkurangan pada September dan Oktober 2022.

    Ini disebabkan beberapa faktor termasuk pakej persaraan awal, pemberhentian kerja dan penamatan kontrak kerja. Beberapa perniagaan juga tidak berhasrat untuk mengambil pekerja dalam masa yang terdekat disebabkan penurunan dalam jumlah projek dan aktiviti perniagaan.

    Walau bagaimanapun, beberapa perniagaan telah mengongsi hasrat untuk terus mengambil tenaga kerja kerana masih mengalami kekurangan tenaga pekerja berikutan cabaran dalam mengekalkan pekerja tempatan dan pengambilan pekerja-pekerja asing.

    Sub indeks Kos adalah 50.3 bagi September 2022 dan 50.6 bagi satu bulan ke hadapan di mana ia menunjuk-kan bahawa para peniaga secara amnya menjangkakan kos menjalankan pernia- gaan akan meningkat pada September dan Oktober 2022.

    Ini disebabkan oleh faktor-faktor termasuk kenaikan harga ramuan makanan dan bahan-bahan mentah seperti simen dan batu, kos pengangkutan, perbelanjaan bagi penyelenggaraan, perbelanjaan bagi gaji dan projek serta tiket penerbangan bagi pekerja asing untuk kembali ke negara asal.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...