ANHUI, 10 SEPT – Sebuah perniagaan kecil di China, Little Swan Dongshan Franchise Shop, berdepan kerugian besar sebanyak 30 juta yuan (RM19.6 juta) selepas seorang pekerjanya melakukan kesilapan melabelkan harga produk di kedai dalam talian. Menurut laporan Red Star News, insiden itu berlaku pada 28 Ogos lalu ketika lebih 40,000 pesanan untuk mesin basuh diterima

