Wednesday, July 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Perniagaan kiriman wang gagal patuhi syarat lesen

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan bantuan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) telah membuat serbuan ke atas sebuah perniagaan kiriman wang di Bandar Seri Begawan, pada 28 Jun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BDCB, di sini, perniagaan berkenaan didapati gagal mematuhi beberapa syarat lesen perniagaan kiriman wang yang ditetapkan oleh BDCB.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi PPDB di talian
    2423901 dan 2459500 atau e-mel kepada info.rbpf@police.gov.bn dan rbpf.pro@police.gov.bn atau BDCB di talian 2381370 pada waktu pejabat atau e-mel kepada infobr@bdcb.gov.bn.

    PPDB dan BDCB akan sentiasa bekerjasama dalam memastikan kestabilan kewangan Brunei Darussalam melalui perundangan dan peraturan bagi melindungi sistem kewangan dan pengguna kewangan di negara ini.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan sambung latihan artileri di sempadan

    SEOUL, 2 JULAI – Korea Selatan menyambung semula latihan artileri berhampiran sempadan dengan Korea Utara pada Selasa buat kali pertama dalam tempoh enam tahun,...