Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perodua pertimbang jadi penaja United

    SUBANG JAYA, 13 FEB – Perodua kemungkinan bakal menaja acara sukan di Malaysia termasuk pasukan bola sepak tempatan.

    Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

    Beliau berkata baru-baru ini kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United yang juga dikenali sebagai Red Devils turut menyatakan hasrat agar gergasi automotif tempatan itu menjadi penaja mereka.

    “Saya tidak pasti sama ada perlu untuk saya menyatakan hal ini… bahawa baru-baru ini saya menerima surat daripada bekas juara Eropah Manchester United bertanyakan sama ada mereka boleh memaparkan logo Perodua pada satu daripada jersi mereka dan sama ada kami boleh menaja mereka.

    “Saya biasanya tidak bercakap mengenai hal ini secara terbuka tetapi saya penyokong Arsenal. Jika saya berbuat demikian tidak adil pula untuk pasukan Arsenal,” katanya berseloroh.

    Beliau berkata sebarang cadangan penajaan, sama ada di Malaysia atau di tempat lain ia memerlukan pertimbangan yang teliti. – Bernama

    Tan Sri Asmat Kamaludin berkata baru-baru ini Manchester United turut menyatakan hasrat agar Perodua menjadi penaja mereka. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda