Friday, October 4, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peroleh maklumat pendidikan Jawi melalui lawatan ke sekolah agama

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Rombongan seramai 18 orang terdiri daripada empat orang pensyarah dan 14 orang mahasiswa, Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura telah mengadakan lawatan ke Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Sekolah Ugama Bokok, Daerah Temburong, kelmarin.

    Rombongan itu diketuai oleh Pensyarah Kanan, NIE, NTU, Singapura, Dr Sa’eda Buang.

    Turut hadir mengiringi rombongan semasa lawatan ialah para pegawai kanan dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Antara tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi di sekolah-sekolah agama serta mengadakan lawatan pengajaran di sekolah-sekolah agama untuk dijadikan panduan dan penanda aras bagi pihak rombongan dalam usaha menyebarluaskan kemahiran penggunaan Jawi di Singapura.

    Menyedari akan pentingnya kemahiran tulisan Jawi sebagai asas dalam membantu pembelajaran Al-Quran dan kehidupan orang Islam di negara ini, asas pengetahuan tulisan Jawi telah diperkenalkan dalam kurikulum persekolahan agama, dengan harapan murid-murid mempunyai kemahiran Jawi bagi mempermudah pembelajaran Al-Quran.

    Rombongan juga melawat Sekolah Ugama Beribi, Gadong bagi tujuan yang sama.

    Rombongan NIE, NTU, Singapura ketika mengadakan lawatan ke salah sebuah sekolah agama. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda