Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    Peroleh pengalaman baharu melalui masakan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – One Festival Co telah mengadakan program Lakastah Masak yang berlangsung di salah sebuah restoran di Kiulap dengan kerjasama Dayang Faridah dari CakesByFaridah, baru-baru ini.

    Program tersebut diadakan dengan bertemakan makanan Melayu sempena Hari Kebangsaan. Manakala program kedua yang berlangsung kelmarin pula diadakan sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang dengan menawarkan lebih banyak kelainan.

    Hadir semasa program itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona dan jemputan khas.

    Program kali kedua tersebut disertai oleh seramai 10 orang dan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Sementara itu, tujuan program tersebut diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman masakan kepada mereka yang meminati masakan Melayu, Barat dan lain-lain. Antara tujuan lain program tersebut adalah untuk memastikan hadirin pulang dengan berpuas hati bersama pengetahuan dan pengalaman yang mereka peroleh semasa program berkenaan berlangsung dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan serta unik kepada Brunei.

    Program Lakastah Masak yang berlangsung di salah sebuah restoran di Kiulap, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran