Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perolehan eksport makanan laut Vietnam cecah AS$10B

    HANOI, 24 JAN – Eksport makanan laut Vietnam pada separuh pertama 2024 akan pulih sedikit berbanding paras rendah tahun lepas dengan hasil eksport sepanjang tahun dijangka mencecah sehingga AS$10 bilion, lapor Vietnam News hari ini, memetik Persatuan Pengeksport dan Pengeluar Makanan Laut Vietnam.

    Persatuan itu meramalkan bahawa eksport makanan laut negara akan pulih secara beransur-ansur pada 2024 dan menjadi lebih positif pada separuh kedua tahun ini.

    Industri udang menyasarkan untuk mencapai sasaran eksport sebanyak AS$4 bilion, ikan pangasius kira-kira AS$1.9 bilion dan baki produk makanan laut diramalkan memperoleh kira-kira AS$3.6 bilion hingga AS$3.8 bilion.

    Menurut persatuan itu, permintaan terhadap makanan laut cenderung untuk pulih, tetapi pelanggan masih menumpukan kepada produk dalam segmen harga rendah seperti ikan dalam tin, ikan mentah untuk memproses ikan dalam tin, ikan kering dan udang kering. – Xinhua

    Udang diproses untuk dieksport. – ANN/Vietnam News
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda