Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perompak curi AS$30 juta wang tunai

    LOS ANGELES, 4 APRIL – Pencuri telah mencuri kira-kira AS$30 juta pada Hari Easter di sebuah tempat penyimpanan wang Los Angeles (LA) dalam salah satu rompakan wang tunai terbesar dalam sejarah bandar itu, kata polis kelmarin.

    Kejadian rompakan itu berlaku malam Ahad lalu di sebuah kemudahan yang tidak dinamakan di kawasan Sylmar di Lembah San Fernando di mana wang tunai daripada perniagaan di seluruh wilayah itu dikendalikan dan disimpan, beritahu Komander Jabatan Polis LA, Elaine Morales, kepada akhbar Los Angeles Times.

    Perompak tersebut telah memecah masuk bangunan serta peti besi tempat menyimpan wang, kata Morales.

    Pengendali perniagaan itu, yang tidak dikenal pasti polis, tidak menyedari rompakan besar-besaran itu sehingga mereka membuka peti besi Isnin lalu.

    The Times berkata kejadian itu adalah antara kes rompakan dan kecurian wang tunai terbesar dalam sejarah LA, di mana jumlah itu mengatasi rompakan kereta perisai yang pernah berlaku di bandar itu.

    Kejadian rompakan tersebut berlaku hampir dua tahun selepas AS$100 juta permata dan barang berharga lain dicuri dari pelantar besar Brink di perhentian trak California Selatan.

    Walau bagaimanapun, perompak tersebut masih belum ditangkap. – AP

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda