Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perpaduan berbilang kaum di Labuan perlu dipelihara – Suhaili

    LABUAN, 12 FEB – Perpaduan antara komuniti berbilang kaum di pulau bebas cukai Labuan perlu dipelihara untuk memastikan keamanan dan keharmonian berterusan, kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.

    Beliau menegaskan bahawa Labuan kekal bebas daripada sentimen perkauman dan penting untuk mengekalkan keharmonian demi kesejahteraan penduduk.

    “Kami mahu dilihat sebagai sebuah negeri atau wilayah Persekutuan yang mengutamakan keamanan dan keharmonian…walaupun mempunyai kepelbagaian budaya, agama, dan kaum, kita mesti menegakkan perpaduan,” katanya selepas menghadiri program kebajikan Petronas di Kampung Sungai Keling hari ini.

    Suhaili turut menegaskan Labuan sebagai model perpaduan untuk negara dan menyeru semua pihak untuk berusaha bersama dalam mempromosikan keharmonian.

    Program kebajikan Petronas di Kampung Sungai Keling menyaksikan bantuan diagihkan kepada 50 keluarga dan warga emas, memperkukuh semangat kebersamaan di Labuan. – Bernama

    Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (dua, kiri) bersama Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab (tengah) menggaul yee sang sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Sungai Keling kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda