Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perpaduan kaum diperkukuh melalui program ‘Ketuk Sahur’

    SIBU, 7 MAC – Program tahunan ‘Ketuk Sahur’ terus memperkukuh perpaduan komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dengan penglibatan masyarakat pelbagai agama dan latar belakang.

    Pusat Khidmat DUN Nangka dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Nangka telah menjadikan program itu lebih inklusif tahun
    ini dengan melibatkan masyarakat bukan Islam.

    Program yang dipimpin oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Sarawak merangkap ADUN Nangka Datuk Dr Annuar Rapa’ee, menyaksikan sebanyak 20 orang bersahur di rumah Ketua Kaum Catherine Ali Puteh, seorang pemimpin masyarakat Melanau beragama Roman Katolik di Kampung Nangka pada awal pagi semalam.

    “Pagi ini menandakan permulaan program ‘Ketuk Sahur’ di kawasan Nangka. Penganjuran program ini di kediaman masyarakat bukan Islam mencerminkan keharmonian kaum dan agama yang kukuh dalam kalangan penduduk Sibu khasnya dan Sarawak amnya,” kata Dr Annuar.

    Menurut beliau, pada tahun ini juadah bersahur dihantar ke 250 rumah dari 10 lokasi di sekitar DUN Nangka.

    Selain menyantuni penduduk setempat, kunjungan ini juga memberi peluang kepada beliau untuk meninjau keperluan penduduk, termasuk kemudahan awam seperti lampu jalan dan jalan kecil yang perlu dinaik taraf. – Bernama

    Gambar Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda