Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perpaduan sempena Tahun Baharu 2024

    NEW YORK, 29 DIS – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam perutusan video sempena tahun baharu menggesa semua pihak merenungi cabaran dan ujian yang dihadapi tahun lalu serta berharap perpaduan yang lebih kukuh untuk tahun hadapan, lapor Xinhua.

    “Tahun 2023 telah menjadi tahun penderitaan, keganasan dan perubahan iklim yang tidak menentu.

    “Manusia menderita dan planet kita diancam bahaya. Tahun 2023 merupakan tahun terpanas yang pernah direkodkan,” kata Guterres.

    Ketua PBB itu turut menekankan bahawa kemiskinan dan kelaparan masih melanda penduduk dunia manakala konflik dan peperangan terus memuncak.

    Guterres menyeru agar tidak saling menyalahkan dan mengelak daripada melakukan kekerasan kerana ‘menuding jari dan menggunakan senjata api tidak membawa sebarang faedah.’

    Beliau berharap 2024 akan menjadi tahun untuk ‘membina semula kepercayaan dan mengembalikan harapan.’

    “Kita mesti bersatu tanpa mengira perbezaan untuk penyelesaian bersama, termasuk mengambil tindakan tegas mengenai perubahan iklim, mencipta peluang ekonomi dan mewujudkan sistem kewangan global yang lebih adil yang memberi faedah kepada semua,” katanya. – Bernama

    Gambar CNN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda