Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perpindahan Torres ke Jepun terkandas

    TOKYO, 1 Julai – Proses perpindahan Fernando Torres ke Jepun terjejas selepas penyerang Sepanyol itu gagal untuk memeterai perjanjian dengan kelab Liga-J, Sagan Tosu, menurut laporan hari ini.

    Kedua-dua pasukan itu hampir memeterai perjanjian bertahun-tahun yang bernilai AS$7.2 juta setahun tetapi mereka tidak bersetuju mengenai wang, menurut akhbar Sports Hochi tanpa memberitahu sumber.

    Laporan itu mencetuskan situasi dramatik selepas akhbar yang sama pada Jumaat lalu memetik daripada sumber-sumber yang tidak diketahui berkata kedua belah pihak telah mencapai perjanjian dan perpindahan Torres ke Jepun yang ‘hampir terjadi.’

    Kelab Jepun itu tidak memberikan sebarang komen.

    Bekas penyerang Liverpool, Torres meninggalkan kelab sejak dari kecilnya, Atletico Madrid dan juga dikaitkan berpindah ke kelab Major League Soccer, Chicago Fire dan Beijing Renhe.

    Penyokong bola sepak Jepun melihat perpindahan Torres ini akan menyemarakkan lagi liga domestik selepas legenda Barcelona, Andres Iniesta menyertai Vissel Kobe.

    Harapan semakin memuncak selepas kakitangan Liga-J tersilap mengumumkan sebulan yang lalu menerusi laman sesawang mereka bahawa Torres telah menyelesaikan perpindahan ke Sagan Tosu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda