Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perplexity AI akan mula bayar pampasan kepada penerbit

    SAN FRANCISCO, 26 OGOS – Perplexity AI mengumumkan akan mula menyalurkan bayaran berjuta-juta dolar kepada agensi media sebagai sebahagian daripada model baharu perkongsian hasil carian dengan penerbit.

    Rakan media syarikat itu akan menerima bayaran apabila karya mereka digunakan oleh pelayar atau pembantu Perplexity AI untuk menjawab pertanyaan dan permintaan pengguna, menurut syarikat pemula yang berpangkalan di San Francisco itu.

    “Kami memberi pampasan kepada penerbit melalui model yang sesuai dengan era AI,” kata pasukan Perplexity dalam satu hantaran blog. – AFP

    Aplikasi pembantu AI Perplexity pada sebuah telefon pintar yang dirakamkan di Riga, Latvia, pada 13 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda