Monday, January 20, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perplexity AI mungkin bergabung dengan bahagian AS TikTok

    MOSCOW, 19 JAN – Syarikat Amerika Syarikat (AS), Perplexity AI yang terkenal dengan enjin carian berkuasa kecerdasan buatan (AI), dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada ByteDance, pemilik TikTok dari China untuk bergabung dengan bahagian TikTok di AS, menurut Sputnik/RIA Novosti yang memetik CNBC News dan sumber tidak dinamakan.

    Pada Jumaat, Mahkamah Agung AS menolak permintaan TikTok untuk menangguhkan larangan ke atas rangkaian sosial itu yang berkuat kuasa hari ini, menurut keputusan mahkamah yang dilihat oleh RIA Novosti.

    Syarikat itu berhujah bahawa larangan berkenaan melanggar kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan AS. Trump dijadualkan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS pada 20 Januari.

    Rumah Putih menyatakan bahawa keputusan muktamad mengenai masa depan rangkaian sosial milik China itu di AS seharusnya dibuat oleh pentadbiran baharu yang diketuai Trump, berikutan tempoh masa larangan itu dikuatkuasakan.

    Trump, dalam reaksinya terhadap keputusan Mahkamah Agung dan Rumah Putih, memberitahu CNN bahawa beliau akan membuat keputusannya sendiri.

    Kemungkinan entiti baharu itu akan menggabungkan bukan sahaja Perplexity AI dan TikTok AS, tetapi juga syarikat pelaburan New Capital Partners, menurut laporan penyiar yang memetik sumber tidak dinamakan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda