Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perpustakaan atas nama Yunho dirasmikan

    SEBUAH perpustakaan diberi nama U-Know Yunho Library sempena nama selebriti Yunho akan dirasmikan bulan Mei ini.

    Perpustakaan tersebut merupakan hasil kutipan derma peminat-peminat U-Know Yunho di seluruh Asia.

    Ia terletak di Sichon Art Factory di Kwangsan iaitu kampung halaman pelakon dan penyanyi tersebut.

    Selain itu kawasan tersebut juga dirancang untuk dijadikan lokasi pameran seni dan budaya.

    Peminat mendedikasikan sebuah perpustakaan dibawah nama U-Know Yunho.
    Peminat mendedikasikan sebuah perpustakaan dibawah nama U-Know Yunho.

    Kesemua buku yang terdapat di perpustakaan itu juga berkaitan seni dan budaya.

    Kutipan sumbangan itu dibuat pada Februari lalu sempena hari lahir U-Know Yunho atau nama sebenarnya Jung Yun-ho.

    Selain kutipan wang tunai, peminat juga berjaya mengumpulkan sebanyak 1,000 buah buku.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda