Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perpustakaan DBP Seria sokong usahawan muda

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 20 NOV – Penduduk di sekitar Seria berpeluang meluangkan hujung minggu dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan dalam Acara Jualan Usahawan Belia di premis Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Seria yang bermula kelmarin.

    Lebih daripada 23 vendor yang terdiri daripada usahawan muda dan pemilik perniagaan dari seluruh negara berkumpul untuk menyertai acara berkenaan yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-17.

    Selain gerai-gerai jualan, pelbagai permainan dan aktiviti menyeronokkan turut diadakan antaranya persembahan silat oleh Persatuan Seni Warisan Pelangi (PSWP) Brunei, pameran arnab dan Tell by Happy Rabbit.

    Dengan mengendali aktiviti dua hari itu, perpustakaan berkenaan berharap ia dapat memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan perniagaan mereka di samping menggalakkan penduduk untuk berkunjung dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta menyemai minat membaca.

    Seorang pengunjung membelai seekor arnab comel pada Acara Jualan Usahawan Belia di premis Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Seria. Acara itu bukan sahaja menawarkan barangan jualan, malahan permainan dan aktiviti menyeronokkan antaranya pameran arnab. – Gambar oleh Daniel Lim
    Antara persembahan yang memeriahkan acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda