Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perpustakaan mudah alih pupuk budaya membaca di Afghanistan

    KUNDUZ, AFGHANISTAN – Sebuah bas perpustakaan ber-gerak melalui sekitar wilayah Kunduz utara Afghanistan, mempromosikan membaca buku dalam kalangan belia dan kanak-kanak.

    Bas perpustakaan berkenaan mempunyai seorang pustakawan dan pemandu di dalamnya, dan dipenuhi dengan 1,800 buah buku dalam bahasa Dari, Pashto dan Inggeris, dengan topik yang terdiri daripada sains, budaya, cerita, politik dan sejarah.

    Abdul Qahar Hisaabi, pengarah Institut Pengajian Tinggi Kuhandazh, yang menaja bas perpustakaan bergerak, memberitahu Xinhua bahawa budaya membaca buku di Afghanistan telah terjejas secara negatif oleh konflik dan peperangan selama dua dekad, serta oleh Internet dan telefon pintar. Kebanyakan orang kini mencari E-contents dan bukannya membaca buku bercetak di dalam perpustakaan, kata Hisaabi.

    “Dengan menawarkan perkhidmatan perpustakaan bergerak, matlamat kami adalah untuk membantu pelajar institut Kuhandazh, pelajar universiti swasta dan kerajaan negeri yang lain serta pelajar sekolah mendapat akses kepada buku dengan cara yang mudah di bandar dan daerah bandar Kunduz,” kata Hisaabi.

    Sejak pengunduran yang diketuai Amerika Syarikat pada Ogos, 2021, keadaan ekonomi semakin merosot di negara itu.

    Kanak-kanak Afghanistan membaca buku di sebelah bas perpustakaan bergerak di bandar Kunduz, utara Afghanistan. – Xinhua
    Bas perpustakaan berkenaan mempunyai seorang pustakawan dan pemandu di dalamnya, dan dipenuhi dengan 1,800 buah buku dalam bahasa Dari, Pashto dan Inggeris. – Xinhua
    Kebanyakan universiti dan pelajar sekolah awam datang daripada keluarga berpendapatan rendah yang hampir tidak mampu membeli buku yang mengunjungi bas perpustakaan mudah alih berkenaan. – Xinhua

    Kebanyakan universiti dan pelajar sekolah awam datang daripada keluarga berpendapatan rendah yang hampir tidak mampu membeli buku, kata Hisaabi. “Perkhidmatan bas perpustakaan adalah peluang yang baik untuk pelajar,” katanya.

    “Kami mempunyai satu bas buat masa ini, tetapi saya berharap, kami akan menambah baik perkhidmatan percuma itu,” katanya sambil menambah bas itu sudah dua tahun beroperasi di sekitar Kunduz.

    “Masyarakat di mana rakyatnya belajar dan memperoleh ilmu, pasti akan mencapai kemakmuran dan keselesaan,” kata Naqibullah Mumand, pelawat bas itu, kepada Xinhua.

    “Saya biasanya melawat perpustakaan mudah alih ini untuk membaca dan belajar tentang budaya, masyarakat dan sejarah. Saya suka membaca buku cerita dan buku Inggeris,” kata Somya Naqshbandi, seorang pelajar, kepada Xinhua.

    “Saya sangat gembira kerana berpeluang membaca buku di luar sekolah saya. Dan saya berterima kasih kepada mereka yang menggalakkan kami membaca dan menyokong kami untuk mengakses perpustakaan percuma,” katanya.

    Di ibu negara Kabul, begitu juga, sebuah organisasi tempatan menawarkan perkhidmatan perpustakaan mudah alih percuma kerana lima bas berwarna-warni telah melalui sekitar bandar dengan kira-kira lima juta penduduk, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membaca, bermain dan menikmati zaman kanak-kanak mereka. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda