Pasukan Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton menentang pasukan Persatuan Badminton Daerah Papar (Wirajaya) di Sabah baru-baru ini. Perlawanan tersebut diadakan di Dewan Juara Badminton Arena, Kota Kinabalu, Sabah. Acara itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di antara kedua-dua pasukan dan persahabatan negara. – Gambar serahan BVBC