Pasukan Fun Tanjung dan pasukan IMD Bengkurong telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton yang diadakan di Dewan Tanjung Nangka baru-baru ini.
Tujuan perlawanan adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama pasukan serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pasukan di samping memupuk gaya hidup sihat.
