Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persaingan akhir Bola Keranjang 3×3 telah ditentukan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 SEPT – Pasukan Jamie On dan CH Elite naik ke tangga teratas dalam kategori Terbuka Lelaki dan Lelaki Bawah 18(B18) pada pusingan kelayakan ketiga kejohanan Bola Keranjang 3×3 Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) kedua 2025 yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru, Seria kelmarin.

    Sebanyak 10 pasukan telah bertanding dalam pusingan kelayakan ketiga, dengan pasukan Fatties, Hong JieJie, Jamie On, OBTC, dan Oldies bersaing dalam Terbuka Lelaki; manakala Airballers, CH Elites, Cloud8, Salakau dan SYTC Sdn Bhd bersaing dalam kategori B18.

    Dalam perlawanan akhir yang sengit untuk pusingan kelayakan tersebut, pasukan Fatties dan Jamie On bertembung di peringkat akhir untuk Terbuka Lelaki, dengan Jamie On mengatasi Fatties dengan mata 13-6.

    Sementara Salakau dan CH Elites pula berentap di peringkat akhir bagi kategori B18, dengan CH Elites menguasai perlawanan dan akhinya menang dengan mata 21-19.

    Tetamu kehormat, Naib presiden Kedua Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait, Liu Vui Pin, hadir untuk menyerahkan pingat dan hadiah kepada pasukan pemenang.

    Dengan pusingan kelayakan ketiga yang diadakan tersebut, kejohanan itu menuju ke pusingan terakhir dengan empat pasukan teratas yang telah mengumpul markah terbanyak mara ke pusingan akhir yang dijadualkan diadakan pada 14 September nanti di Dewan Bola Keranjang Tertutup BBA.

    Antara empat pasukan teratas yang mara ke pusingan akhir ialah pasukan Jamie On, Hong JieJie, Fatties, dan Oldies untuk Terbuka Lelaki, serta CH Elites, Salakau, Cloud8, dan SYTC Sdn Bhd untuk kategori B18.

    Pemenang tempat pertama bagi kategori Terbuka, Jamie menerima hadiah daripada tetamu kehormat.
    Pemenang tempat pertama, Elit CH kategori B18 menerima hadiah daripada tetamu kehormat.
    Gambar ramai pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam Pusingan Kelayakan Ketiga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda