Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persaingan AS, China dijangka semakin sengit

    BANGKOK, 31 JULAI – Persaingan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China dijangka semakin sengit di sidang kemuncak Bangkok yang dirasmikan hari ini, dengan diplomat tertinggi Washington akan menegaskan bahawa negaranya kekal sebagai kuasa utama Asia-Pasifik di sebalik cita-cita kuasa tentera Beijing di laut dan angkasa lepas.

    Menteri-menteri luar dari 10 negara ASEAN akan bermesyuarat di ibu negara Thailand minggu ini, di mana perdagangan bebas akan menjadi fokus utama mereka. Mereka akan disertai oleh Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dan rakan sejawatan China dan Rusia, dengan tempat berbahaya Laut China Selatan yang dipertikaikan dan perlucutan senjata nuklear Semenanjung Korea kemungkinan besar disentuh dalam rundingan tersebut.

    Ketegangan keselamatan baharu juga dijangka diutarakan, termasuk rondaan pesawat pengebom bersama China-Rusia minggu lalu yang mencetus kemarahan Jepun dan Korea Selatan. Meskipun China menafikan ia mencabuli ruang udara Jepun atau Korea, latihan itu menggemparkan Tokyo dan Seoul—dan memberikan ujian baharu kepada pengaruh Washington di rantau dua sekutu penting AS.

    Dalam satu tanda diplomasi rumit yang mengikat Asia, Jepun dan Korea juga terpalit pertikaian pahit kerana buruh paksa era Perang Dunia ke-2. Pertikaian turut menjejaskan hubungan perdagangan, dengan Tokyo menyekat eksport kimia utama digunakan oleh industri cip dan telefon pintar dunia yang diketuai Seoul. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda