Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan alumni digesa bantu perkasa sekolah agama

    TAWAU, 1 Mei – Persatuan alumni sekolah aliran agama di Sabah digesa membentuk jaringan bagi membantu membangunkan dan memperkasa sekolah berkenaan di negeri ini.

    Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata jaringan itu perlu agar usaha memperjuang kewujudan lebih banyak sekolah aliran agama di Sabah dapat diusahakan hasil kesepakatan semua pihak.

    “Saya yakin dengan adanya jaringan kerjasama antara alumni sekolah agama akan dapat membantu kerajaan membangun sekolah agama dengan lebih baik dan terancang,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada perasmian Mesyuarat Agung TahunanKe-7 Alumni Sekolah Islamiah Tawau (ASIST) di Bilik Diraja, Masjid al-Khausar di sini, hari ini. Katanya, persatuan alumni juga perlu berusaha merancang segala aktiviti yang dapat membantu menjadikan daerah mahupun negeri sebagai pusat perkembangan ketamadunan Islam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda