BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Enam orang ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pendidikan Khas (FITRAH) baru-baru ini mengadakan lawatan kerja ke DH Caregiver BN.
Rombongan diketuai oleh Presiden Persatuan FITRAH, Hajah Norjum binti Haji Yusop dan ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dari i-Centre dan Pengurus DH Caregiver BN, Dayang Siti Hamizah binti Haji Norhadi, bersama pembantu-pembantu yang bertugas di bawah syarikat berkenaan.
Semasa sesi lawatan tersebut, Persatuan FITRAH dan DH Caregiver BN berkesempatan untuk bertukar-tukar pandangan, pendapat dan menerima buah fikiran yang terbaik dalam bidang masing-masing.
Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mengenal dan memahami perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut dengan lebih dekat, terutama dalam penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas, di samping penjagaan anak damit yang baru lahir, kanak-kanak, warga emas dan pesakit.