Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Persatuan FITRAH erat hubungan kerjasama

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Dengan matlamat untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan meningkatkan program latihan terapi bagi pelajar berkeperluan khas, Bahagian Pentadbiran, Persatuan FITRAH telah mengadakan kunjungan kerja ke Jabatan Pendidikan Khas (JPK) pada 8 Mei lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh persatuan berkenaan, kedatangan rombongan yang diketuai oleh Yang Dipertua FITRAH, Hajah Nirjum binti Haji Yusop telah dialu-alukan oleh Ketua JPK, Dr Eddy Fadzlin bin Haji Amdan dan timbalannya, Dr Hajah Mustazah binti Maidin.

    Kunjungan kerja itu bertujuan sebagai kesinambungan kerjasama susulan perbincangan pada 16 Oktober 2020 yang lalu. Rundingan persahabatan itu terus kekal sejak JPK ditubuhkan pada 30 tahun yang lalu dan sekarang dalam usia yang matang manakala Persatuan FITRAH sudah mencecah usia 28 tahun penubuhannya.

    Pada kunjungan itu, kedua-dua belah pihak berunding untuk sentiasa bekerjasama dalam menjayakan apa jua program latihan termasuk untuk ibu bapa dan guru serta meningkatkan program latihan terapi untuk pelajar berkeperluan khas terutama Program Pra Vokasional yang telah dilaksanakan dengan aktif oleh JPK.

    Di samping itu, Persatuan FITRAH juga akan membuat pelbagai aktiviti sepanjang 2024-2025 yang dapat meningkatkan Tabung FITRAH bagi membantu pelajar berkeperluan khas.

    Persatuan FITRAH bergambar ramai semasa mengadakan kunjungan ke JPK. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN FITRAH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...