Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 23 DIS – Pemimpin dan ahli jawatankuasa Persatuan Foochow Belait menutup tirai tahun ini dengan majlis makan malam dan perhimpunan tahunan yang diadakan di bangunan utama persatuan yang terletak di sudut Jalan Bunga Raya dan Jalan Bunga Simpur, Kuala Belait.
Dalam ucapannya, pengerusi ketika itu, Tan Tei Tei, berharap agar persatuan terus menggalakkan golongan belia untuk lebih terlibat dan menyokong aktiviti-aktiviti persatuan.
Beliau juga berharap agar ahli jawatankuasa yang baharu dilantik untuk penggal seterusnya dapat bekerjasama erat bagi memperkasa lagi aktiviti-aktiviti persatuan.