Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Persatuan Foochow Belait raikan Xiao Qin bersama warga emas

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 30 JUN – Persatuan Foochow Daerah Belait telah mengadakan sambutan tahunan Perayaan Xiao Qin di bangunan utama mereka di Jalan Bunga Simpur dan Jalan Bunga Raya, Kuala Belait, malam tadi.

    Majlis tersebut dihadiri oleh ahli-ahli persatuan serta para jemputan dari Persatuan Fuzhou Shiyyi Negara Brunei Darussalam yang diadakan bertujuan untuk menzahirkan penghormatan kepada golongan warga emas dan nenek moyang mereka.

    Dalam ucapan pembukaannya, pengerusi penganjur sambutan, Sandy Lau, menekankan betapa pentingnya peranan warga emas dan nenek moyang yang membentuk asas sesebuah keluarga.

    “Tidak kira dalam kegembiraan atau kesedihan, awda (warga emas dan nenek moyang) sentiasa bersama kami dengan pegangan yang erat dan pelukan yang hangat. Awdalah yang mengajar kami cara berjalan dan bercakap sebagai seorang insan, tetapi yang paling penting, awda mengajar kami bagaimana untuk menyayangi dan disayangi,” katanya.

    Beliau turut menyatakan penghargaan yang mendalam atas bimbingan dan ajaran yang telah diturunkan daripada nenek moyang kepada generasi kini dan akan datang, serta merayakan acara malam itu bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Antara aktiviti yang diadakan termasuk acara memotong kek untuk memperingati malam tersebut, diiringi persembahan tarian dan nyanyian oleh ahli-ahli persatuan.

    Selain itu, pelbagai jenis hidangan turut disajikan sepanjang acara, dengan beberapa tetamu turut menerima hadiah cabutan bertuah sebagai sebahagian daripada acara tersebut.

    Warga Persatuan Foochow Daerah Belait bergambar ramai bersama para jemputan yang hadir. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Persembahan tarian turut menyerikan acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...