Oleh Daniel Lim –
Seramai 20 ahli Persatuan Foochow Kuala Belait telah melawat warga emas yang tinggal di Rumah Orang-orang Tua, Seria sebagai lawatan muhibah kelmarin.
Mengetuai kumpulan daripada persatuan itu ialah pengerusi mereka Tan Tei Tei, yang turut menyampaikan keperluan makanan serta sampul merah kepada warga emas untuk membantu meringankan beban mereka.
Kumpulan itu turut menjalankan beberapa aktiviti seperti nyanyian dan tarian sambil berinteraksi dan beramah mesra dengan warga emas bagi membantu memeriahkan lagi hari mereka.