Oleh Daniel Lim
BELAIT, 19 APRIL – Dalam usaha untuk terus membantu meningkatkan bekalan darah bagi mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19, Persatuan Foochow, Kuala Belait dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Suri Seri Begawan hari ini telah mengadakan kempen merderma darah di bangunan utama mereka, di sini.
Kempen menderma darah yang disertai seramai 67 orang itu juga dihadiri oleh presiden persatuan berkenaan, Tan TeiTei yang turut membantu para penderma darah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pegawai perubatan dari Pusat Pendermaan Darah, Hospital Suri Seri Begawan.
Daripada 67 peserta yang menyertai kempen tersebut, hanya 48 orang daripadanya berjaya menjalani pendermaan darah.
Persatuan tersebut akan terus melakukan kempen seumpamanya dan juga aktiviti lain pada masa akan datang dalam terus membantu memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.
