Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan Foochow meriahkan Hari Kanak-kanak

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 31 MEI – Sempena sambutan Hari Kanak-kanak yang diraikan 1 Jun setiap tahun, Persatuan Foochow Kuala Belait, Bahagian Sukan Belia telah menganjur pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak di dewan bangunan persatuan kelmarin.

    Hadir pada majlis tersebut ialah pengerusi persatuan, Tan Tei Tei. Turut hadir ialah naib pengerusi dan penasihat tetap persatuan berkenaan.

    Pengerusi acara, Sylvia Hui, dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Hari ini adalah hari istimewa untuk kanak-kanak. Selain pelbagai permainan dan aktiviti yang diadakan khas untuk mereka, pelbagai hadiah menarik juga akan diberikan kepada semua kanak-kanak untuk memeriahkan lagi sambutan di samping menggalakkan penyertaan daripada kanak-kanak.”

    Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk mainan teka-teki bertemakan kanak-kanak, cabutan bertuah serta pinata berisi gula-gula. Acara bertujuan membantu menjalin hubungan yang erat di kalangan ahli keluarga, di samping menggalak interaksi dan pergaulan di kalangan kanak-kanak.

    Tan Tei Tei ketika menyerahkan hadiah istimewa kepada salah seorang kanak-kanak pada acara tersebut.
    Sebahagian kanak-kanak mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang diadakan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda