Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan Foochow rai Tahun Baharu Cina

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 28 FEB – Sebagai sebahagian daripada acara tahunan untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama ahli-ahli dan keluarga, Persatuan Foochow telah menganjurkan majlis yang berlangsung hari ini di dewan utama persatuan, Jalan Bunga Simpur dan Jalan Bunga Raya.

    Acara tersebut dihadiri oleh tetamu jemputan dari Cawangan Belia Persatuan FuzhouShiyyi Brunei dipimpin oleh Katherine Hii dan juga 150 ahli persatuan.

    Dalam ucapan alu-aluan, Pengerusi Persatuan Foochow, Tan TeiTei berkata, “Sempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina ini, Persatuan Fochow berjaya mengadakan pelbagai aktiviti pada tahun ini, sementara mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.Antara aktiviti yang diadakan termasuk lawatan ke Rumah Orang Tua di Seria yang bukan sahaja bertujuan mengetahui kesejahteraan dan kesihatan warga
    emas tetapi juga memeriahkan sambutan Tahun baharu Cina bersama mereka.”

    Beliau juga menjelaskan bahawa disebabkan pandemik COVID-19, Persatuan Foochow juga bertemu dengan komuniti Foochow lain di seluruh dunia menerusi sidang dalam talian sempena perayaan itu.

    “Kami di Persatuan Foochow ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diterima dan kami berharap usaha ini akan diteruskan dengan tujuan untuk memberikan balik kepada komuniti di Kuala Belait.”

    Acara diteruskan dengan majlis makan malam, kuiz mengenai topik berkaitan sambutan Tahun Baharu Cina, pertandingan kaligrafi, kehadiran Caishen, yang merupakan tokoh mitos dalam budaya rakyat China yang berfungsi membawa kekayaan dan nasib baik, serta cabutan hadiah.

    Caishen bergambar bersama Tan Tei Tei pada majlis yang diadakan oleh Persatuan Foochow.
    Peserta yang menunjukkan kemahiran kaligrafi menerima hadiah daripada salah seorang ahli jawatankuasa persatuan Foochow.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda