Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan Foochow raikan warga emas

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 15 SEPT – Ahli Persatuan Foochow Belait meraikan dan menghormati warga emas dengan mengadakan majlis makan tengah hari di bangunan utama persatuan berkenaan, di persimpangan Jalan Bunga Raya dan Jalan Bunga Simpur, Kuala Belait, kelmarin.

    Majlis yang dihadiri ahli persatuan, warga emas serta ahli keluarga itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Persatuan, George Wong.

    Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan warga emas dalam membimbing generasi masa depan yang wajar dibalas dengan kasih sayang dan penghormatan.

    George Wong menyampaikan kata-kata aluan.

    “Majlis ini bukan sahaja bagi menyatakan penghormatan dan keprihatinan terhadap warga emas, tetapi juga untuk mengenang kasih sayang serta sokongan yang telah diberikan oleh generasi terdahulu kepada persatuan kita.

    “Melihat sebahagian warga emas yang masih bersemangat dan bertenaga hadir bersama hari ini benar-benar mengukir senyuman di hati kami,” jelasnya.

    Beliau turut menekankan bahawa nilai filial piety atau berbakti kepada orang tua, yang merupakan salah satu keutamaan dalam budaya Cina, juga melambangkan prinsip moral asas dalam kehidupan manusia.

    Sesi bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    Menghargai kesempatan tersebut, beliau menambah, “Selagi kita masih ada hari ini, kita mesti melakukan apa yang patut. Apa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan, tetapi masa depan masih boleh dikejar.”

    Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian pingat penghargaan oleh Pengerusi Persatuan bersama ahli jawatankuasa kepada 15 ahli warga emas persatuan, kebanyakannya berusia lebih 80 tahun dan masih aktif dalam kegiatan persatuan, termasuk seorang warga emas berusia lebih 100 tahun, Yong Siong Nyuk.

    George Wong menyampaikan pingat.

    Antara acara sampingan yang turut menyerikan majlis ialah acara memotong kek bersama warga emas, persembahan nyanyian dan tarian oleh ahli persatuan, serta cabutan bertuah yang menambahkan lagi suasana kemeriahan.

     

    Atas & Bawah: Acara memotong kek semasa majlis berkenaan.

    Antara persembahan yang diadakan semasa majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda