Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD) telah melantik Pengiran Haji Sulaiman bin Pengiran Haji Md Salleh sebagai Yang Di-Pertua Baharu Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam Tahun 2025-2026 semasa Mesyuarat Agung Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam Ke-39 yang berlangsung di Dewan Silaturahim Pusat Belia, Bandar Seri Begawan baru-baru ini.
Pengiran Haji Sulaiman pada majlis berkenaan menyatakan harapan supaya ikatan silaturahim di kalangan ahli akan terus lebih akrab serta menyeru bagi mereka untuk menggunakan media telekomunikasi pertubuhan yang sedia ada.
Pengiran Haji Sulaiman berkata lagi supaya para ahli untuk mengendalikan kegiatan menerusi bengkel bimbingan dalam kalangan ahli dan seterusnya kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi.
Beliau juga berharap dengan pengubahsuaian perlembagaan PFNBD, ia akan dapat menarik minat dan kemasukan ahli-ahli yang baharu nanti.
Semua di atas: Suasana sekitar mesyuarat berkenaan.
Mesyuarat dwitahunan berkenaan, selain daripada pembubaran Ahli Jawatankuasa Eksekutif, turut membentangkan mengenai laporan-laporan Pertubuhan Fotografi NBD daripada segi kewangan dan aktiviti-aktiviti termasuk sesi outing bengkel dan pameran sepanjang Tahun 2023 – 2024.
Acara juga menyaksikan sesi serah terima tugas daripada mantan Yang Dipertua, Awang Yusma Bahrin bin Dato Paduka Haji Md. Yusof kepada Yang Dipertua yang baru dilantik iaitu Pengiran Haji Sulaiman.
