Oleh Daniel Lim
BELAIT, 31 DIS – Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk membantu menyokong petugas barisan hadapan negara, terutamanya mereka yang bertugas memberigakan sumber-sumber berita terkini, Persatuan Hakka Zhong Zin telah menyumbangkan sebanyak 1,200 pelitup muka kepada empat agensi berita tempatan, baru-baru ini.
Penyerahan sumbangan berkenaan diadakan selepas mesyuarat agung tahunan di mana ahli-ahli jawatankuasa berhimpun dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti tahun depan serta rancangan persatuan ke hadapan.
Brunei Press Sdn Bhd adalah antara yang menerima sumbangan berkenaan dan diterima oleh perwakilan yang hadir semasa mesyuarat agung tersebut.
Pengerusi persatuan berkenaan, Chai Tze Yun ketika ditemui berkata, sumbangan berkenaan bermatlamat untuk menunjukkan penghargaan persatuan atas usaha yang dibuat oleh para petugas barisan hadapan dengan harapan untuk menyokong usaha negara membendung pandemik.
