Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan Motosikal Kembara berkonvoi ke Sipitang

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Ahli kumpulan Persatuan Motosikal Kembara, telah membuat aktiviti konvoi Charity Ride ke negara jiran Sipitang, Sabah baru-baru ini sekali gus menandakan sebagai salah satu aktiviti kelab bersempena Sambutan Ulang  Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79.

    Kegiatan amal tahunan dan juga sebahagian daripada projek komuniti anjuran kelab berkenaan bertujuan untuk mendekati golongan yang kurang bernasib baik sambil mengeratkan hubungan silaturahim.

    Aktiviti konvoi berkenaan telah disertai 20 ahli yang diketuai oleh presiden persatuan, Haji Alias bin Haji Md Salleh dan naib presiden, Awang Md Azery bin Haji Jalil.

    Melalui Projek Amal Jariah Persatuan Kembara Biker, jelajah kumpulan berkenaan telah membawa mereka ke Kampung Ulu Sipitang di mana konvoi disambut oleh Ketua Kampung Sungai Bubus Ulu Sipitang, Salleh bin Raffie dan Ketua Kampung Ulu Sipitang, Adnan bin Amit dan Imam Masjid Kampung Ulu Sipitang, Diris Barah serta ahli jawatankuasa kampung tersebut.

    Dalam pada itu, sumbangan berupa wang tunai, keperluan asas dan pakaian terpakai telah diagihkan kepada 10 orang anak yatim di kampung berkenaan dan golongan keluarga yang memerlukan termasuk warga emas.

    Persatuan Motosikal Kembara yang ditubuhkan pada tahun 2001 itu merupakan persatuan kedua yang didaftarkan secara sah selepas PEMODA, dengan ahlinya terdiri daripada warga emas yang merupakan pesara daripada perkhidmatan tentera, awam dan swasta serta cukup aktif dalam acara amal melalui aktiviti permotoran.

    Aktiviti permotoran santai secara konvoi seterusnya ialah Keputeraan Ride sebagai sebahagian daripada sambutan hari keputeraan Baginda Sultan.

    Sebagai sebahagian daripada projek komuniti Persatuan Motosikal Kembara, ahli kumpulan itu membuat Charity Ride ke negara jiran Sipitang, Sabah baru-baru ini sekaligus menandakan sebagai salah satu aktiviti kelab itu bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79.

    Semua di atas: Antara bantuan amal yang disampaikan semasa acara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PERSATUAN MOTOSIKAL KEMBARA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda