Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan Pengakap adakan aktiviti gotong-royong

    TEMBURONG, 13 MAC – Persatuan Pengakap Daerah Temburong, hari ini, telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan bangunan pengakap berkenaan di sini.

    Menurut persatuan tersebut, aktiviti berkenaan dilaksanakan dalam memastikan persekitaran bersih dan ceria yang diharap dapat membantu mempertingkatkan proses pembelajaran dan pengajaran berpengakap dengan lebih berkesan dan efektif.

    Ia juga diharap dapat memberikan pendedahan dan menerapkan amalan kebersihan serta nilai-nilai murni kepada ahli-ahli persatuan berkenaan.

    Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembersihan longkang, kawasan pengumpulan sampah dan lain-lain.

    Antara ahli Persatuan Pengakap Daerah Temburong yang turut serta semasa kempen berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN PENGAKAP DAERAH TEMBURONG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda