Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan SUTERA agih 300 bubur lambuk

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 APRIL – Persatuan Sungai Teraban (SUTERA) tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Ramadan ini dengan mengadakan pengagihan bubur lambuk di pelbagai lokasi di daerah ini, hari ini.

    Diketuai oleh Presiden Persatuan SUTERA, Haji David bin Haji Kassim, acara berkenaan menyaksikan ahli-ahli persatuan menyediakan lebih 300 kontena bubur lambuk pada sebelah pagi dan mengagih-agihkannya pada sebelah petang.

    Bermula di Perpustakaan Kampung Pandan, kumpulan berkenaan mengagihkan sejumlah bubur kepada penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan. Di samping itu, mereka juga menjalankan pengagihan di pelbagai lokasi di daerah ini.

    Pihak persatuan berkenaan berharap untuk mengendalikan acara seumpamanya dalam masa terdekat, bukan sahaja sebagai persiapan bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri malah membantu memastikan persatuan berkenaan dapat memberi balik kepada masyarakat secara kerap.

    Presiden Persatuan SUTERA menyerahkan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk.
    Gambar ramai ahli-ahli persatuan sebelum pengagihan bubur lambuk.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda