Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan Telugu sambut Ugadhi

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 1 MEI – Bagi menandakan Tahun Baharu Telugu, Dewan Persatuan India Belait (IAB) di Seria telah meraikan perayaan Ugadhi dengan sangat meriah, pada malam 27 April.

    Ugadhi merupakan perayaan tahunan yang kaya dengan budaya Telugu serta melambangkan permulaan baharu, harapan dan kemakmuran bagi komuniti tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Chargé d’Affaires Suruhanjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Shri SDK Menon dan Penghulu Mukim Kuala Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin.

    Majlis dimulakan dengan penuh harmoni melalui nyanyian lagu kebangsaan Brunei Darussalam dan India, sebagai penghargaan terhadap hubungan erat antara diaspora Telugu dan negara tuan rumah mereka.

    Dalam ucapannya, Presiden Persatuan Telugu, Venkata Ramana Rao menekankan kepentingan Ugadhi sebagai perayaan warisan, perpa-duan dan pemeliharaan budaya.

    “Ugadhi bukan sekadar perayaan, ia merupakan jambatan yang menghubungkan generasi muda kita dengan kekayaan akar budaya Telugu,” katanya.

    Selepas ucapan, hadirin dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang memukau, di mana kanak-kanak dan ahli komuniti Telugu mempamerkan bakat mereka melalui tarian klasik, semi-klasik dan sinematik, serta nyanyian lagu-lagu tradisional dan filem yang mengasyikkan.

    Para tetamu turut menikmati hidangan autentik masakan Telugu menerusi bufet makan malam tradisional yang menyajikan pelbagai juadah enak, memberikan rasa sebenar ‘pulang ke kampung halaman’.

    Gambar kumpulan ahli persatuan dan para peserta bersama tetamu jemputan. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN TELUGU
    GAMBAR SERAHAN PERSATUAN TELUGU
    GAMBAR SERAHAN PERSATUAN TELUGU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda