Wednesday, February 12, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persediaan terakhir menjelang rundingan Geneva

    GENEVA, 22 Feb – Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Syria, Staffan de Mistura, sedang memuktamadkan persediaan bagi rundingan-rundingan damai terhadap Syria, menjelang perundingan sesama Syria, dijadualkan bermula pada 23 Februari, menurut ketua kakitangannya.

    “Utusan Khas sedia untuk menerima dan berharap untuk menarik parti-parti Syria, yang akan tiba ke Geneva minggu ini bagi rundingan-rundingan antara Syria,” Michael Contet, memberitahu wartawan di sini.

    “Beliau sedang memasukkan beberapa sentuhan terakhir terhadap pengaturan, meneruskan rundingannya bersama parti-parti Syria dan aktor-aktor antarabangsa,” tambahnya.

    Para peserta dijangka mengadakan rundingan di ibu pejabat PBB di Geneva pada 23 Februari, 10 bulan selepas pusingan terakhir rundingan ditangguhkan, di tengah-tengah krisis kemanusiaan dan kekerasan.

    Staffan de Mistura yang kini sedang memuktamadkan persediaan terakhir bagi rundingan damai semasa Syria yang akan diadakan hari ini di Ibu Pejabat PBB, Geneva. – AFP
    Staffan de Mistura yang kini sedang memuktamadkan persediaan terakhir bagi rundingan damai semasa Syria yang akan diadakan hari ini di Ibu Pejabat PBB, Geneva. – AFP

    Tiada petunjuk sama ada para delegasi telah pun tiba di bandar Switzerland itu diberikan.

    Rundingan-rundingan yang ditaja oleh PBB berusaha untuk membroker satu penyelesaian politik terhadap konflik berkenaan yang telah mengorbankan seramai 400,000 orang dan menyebabkan jutaan kehilangan tempat tinggal sejak Mac 2011.

    Contet mengesahkan bahawa rundingan-rundingan akan datang akan dibimbing oleh Majlis Resolusi Keselamatan PBB 2254. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda