Beberapa laporan telah mengatakan bahawa Hailey Baldwin sering pergi ke spa Pellequr di Beverly Hills, Calif.
“Dia ingin membuang kulit matinya dan mahu kulitnya berasa lembut sebelum percutian dan menggelapkan kulitnya.
Kebiasaannya anda mengalami kesan urutan lymphatic manual dan CBD selepas rawatan kerana ia membantu untuk mengeluarkan toksin di dalam badan.
“Hailey mahu mempersiapkan dirinya sebelum hari perkahwinannya bagi memastikan dirinya berseri-seri. Ia membuatkannya berasa tenang ketika mengharungi jadualnya yang sangat sibuk,” kata sumber.
Hailey juga memastikan tubuh badannya bertenaga dengan pergi ke Hot Pilates di Hollywood Barat. Dia sangat suka berpeluh di dalam bilik yang panas. Dia akan pergi ke kelas pilates beberapa kali dalam seminggu untuk mengekalkan badannya.
Hailey Baldwin, 22, sedang membuat rawatan spa sebelum hari kemuncak dan memastikan kulitnya akan sentiasa cerah.
Pada bulan Januari, pasangan itu memberikan notis ‘Simpan Tarikh itu’ untuk majlis pada 1 Mac kepada 300 tetamu, namun akhirnya telah ditangguhkan.
“Mereka mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan kerana terdapat beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan mereka tidak dapat hadir pada tarikh tersebut,” kata sumber memberitahu kepada Hollywoodlife. – Agensi
