Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Persekolahan ke peringkat menengah mula 4 Januari ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Bagi para pelajar Tahun 6 yang bakal meneruskan pembelajaran ke peringkat menengah iaitu Tahun 7 bermula pada 4 Januari ini, pendaftaran kemasukan mereka ke sekolah-sekolah yang dipohonkan telah dibukakan sejak 16 Disember lalu sehingga 3 Januari ini.

    Sehubungan itu, mereka bolehlah mendaftar di mana-mana sekolah menengah di bawah tadahan masing-masing.

    Pemangku Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh menjelaskan mengenai proses pelanjutan pembelajaran pelajar-pelajar Tahun 6 yang kini belum mendapat keputusan SAM untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat menengah pada sesi tahun baharu yang tidak lama lagi, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pada 4 hingga 6 Januari nanti akan bermula sesi orientasi bagi mereka dan pembelajaran secara home-based learning pula bermula pada 7 Januari hingga 15 Januari.

    “Manakala peringkat kedua iaitu 17 Januari akan bermula pembelajaran secara fizikal bagi pelajar Tahun 7 ke atas,” jelas beliau lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...