Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persekutuan BDARA bantu acara Brunei Run

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Seramai 25 ahli Persekutuan BDARA telah bantu menjayakan acara larian World Heart Day kelmarin dengan cara menjalankan tugas road marshal dan juga memberi bantuan khidmat perhubungan sepanjang acara berkenaan.

    Turut hadir memberi bantuan adalah Yang Dipertua Persekutuan Mej (B) Haji Tamat Bin Haji Lampoh.

    Selain daripada acara berkenaan, Persekutuan BDARA juga aktif dalam kegiatan luar dan dalam negara. Baru-baru ini, Persekutuan BDARA telah menghantar delegasi ke Borneo Amatur Radio Festival di Kuching, Sarawak serta turut merancang untuk menghantar delegasi seterusnya ke Borneo Amatur Radio Festival di Balik Papan, Indonesia pada 2027 nanti.

    Atas & Bawah: Sekitar acara Brunei Run dengan bantuan BDARA kelmarin.
    – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN BDARA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda