Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persekutuan bola baling Brunei adakan mesyuarat

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Persekutuan Bola Baling Negara Brunei Darussalam (BHF) telah mengadakan taklimat dan mesyuarat berkenaan persiapan menjelang penyertaan dalam Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak yang akan diadakan di Sarawak pada bulan Oktober 2023.

    Taklimat dan mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Presiden BHF, Haji Kifli bin Haji Jaafar.

    Mesyuarat tersebut membincangkan beberapa isu, antaranya pemilihan pemain dengan kriteria yang telah ditetapkan.

    Ini menandakan penyertaan pertama daripada BHF dalam pertandingan tersebut.Pemilihan pemain adalah berdasarkan kejohanan tempatan yang telah diadakan dan dianjurkan oleh BHF tahun lepas. Mesyuarat telah diadakan di Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar di Lambak Kanan.

    Haji Kifli dan para peserta bergambar ramai semasa mesyuarat berkenaan. – Gambar serahan BHF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda