Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Persekutuan Petanque Brunei lantik jawatankuasa eksekutif 2022-2025

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Persekutuan Petanque Brunei Darussalam (BDPF) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi tahun 2022 di Teater Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas hari ini.

    Majlis tersebut menyaksikan Haji Mohamad bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah dilantik semula sebagai presiden bagi penggal baharu 2022-2025.

    Sementara itu, Aminor Syaidini bin Haji Abdullah telah dipilih sebagai naib presiden selepas mendapat majoriti undian.

    Dalam ucapan alu-aluannya, presiden BDPF menegaskan bahawa pihak jawatankuasa akan sentiasa menilai dan membangunkan sukan itu di samping berhadapan dengan cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID.

    Beliau juga mengucapkan tahniah kepada naib presiden yang baharu atas pelantikannya dan berterima kasih kepada mantan naib presiden, Haji Abdul Karim bin Haji Ahmad atas perkhidmatannya sepanjang penggal yang lalu.

    Dalam mesyuarat tersebut, minit AGM bagi penggal 2019- 2022 telah pun dibentangkan serta diselajurkan dengan pembubaran jawatankuasa eksekutif bagi sesi 2019-2022.

    Isu lain yang turut dibangkitkan termasuk peningkatan infrastruktur dan pertandingan pada masa hadapan seperti Sukan Borneo.

    Haji Mohamad menyertai sesi bergambar ramai semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BDPF kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...