Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persekutuan Petanque pilih AJK Eksekutif baru

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Persekutuan Petanque Brunei Darussalam hari ini mengadakan mesyuarat agung tahunannya bagi memilih Ahli Jawatankuasa Eksekutif Baru Persekutuan Petanque Brunei Darussalam bagi tempoh 2017 hingga 2020 (tiga tahun).

    Majlis berkenaan berlangsung di bilik Juri Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas yang turut menyaksikan kehadiran barisan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi serta barisan pemain petanque tempatan untuk hadir bermuzakarah di sini.

    Ucapan alu-aluan Presiden Persekutuan Petanque Brunei Darussalam (2014-2017) membuka tirai majlis yang antaranya menyatakan ucapan penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Tadbir dan biasa serta pemain-pemain di atas sokongan dalam memberikan komitmen dalam memajukan dan aktif dalam menguruskan aktiviti-aktiviti Persekutuan Petanque sepanjang tahun 2014-2017.

    Dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Tadbir Eksekutif bagi sesi 2017-2020 bagi jawatan presiden dan timbalan presiden, presiden yang dipilih iaitu Haji Mohamad bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah dan timbalan presiden yang dipilih, Abdul Ghani bin Dato Paduka Haji Mohd Ali.

    Majlis kemudiannya diteruskan pula dengan ucapan ringkas presiden baru Persekutuan Petanque Brunei Darussalam sesi 2017 – 2020 yang lantik iaitu Haji Mohamad.

    Gambar ramai barisan ahli jawatankuasa tertinggi Persekutuan Petanque Brueni Darussalam 2017-2020.
    Gambar ramai barisan ahli jawatankuasa tertinggi Persekutuan Petanque Brueni Darussalam 2017-2020.

    Dalam ucapannya menyatakan komitmen untuk berusaha bersama barisan ahli jawatankuasa yang lain adalah memastikan perkembangan pemain-pemain terutama di kalangan pemain wanita dan remaja.

    Menurutnya lagi, bagi memastikan perkembangan berterusan dan pembangunan ke peringkat tinggi, sokongan semua pihak terutama pemain-pemain adalah amat diharapkan dalam menaikkan Sukan Petanque serantau dan persada antarabangsa.

    Antara agenda lain dalam mesyuarat hari ini adalah Pengesahan Mesyuarat Agung Luar Biasa 2014, Membentangkan Laporan Aktiviti Sepanjang Sesi 2014-2017 oleh setiausaha agung, pembentangan Status Perlembagaan Baru Sesi 2017 – 2020, Pembentangan Status Logo Persekutuan Petanque Brunei Darussalam. Sebelum Pembubaran Jawatankuasa Tadbir Sesi 2014 – 2017 dan diikuti dengan Pelantikan Jawatankuasa Tadbir Baru Sesi 2017-2020.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda