Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persembahan bunga api 30 Julai ini

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun, Jerudong Park akan mengelolakan persembahan bunga api di Jerudong Park Garden pada 30 Julai ini.

    Selain persembahan bunga api, Peraduan Bermukun Keputeraan Senegara 2017 kelolaan Kumpulan Warisan Budaya Mukun dengan kerjasama Jabatan Daerah Burnei dan Muara juga akan diadakan di Jerudong Park Ampitheatre.

    Kedua-dua acara dibuka secara percuma dan pagar mula dibuka pukul 4 petang di mana jualan makanan dan minuman juga akan diadakan di Jerudong Park Garden dan Jerudong Park Ampitheatre.

    Persembahan bunga api tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Eksekutif Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun bagi Daerah Bruneidan Muara dengan sokongan Jerudong Park Country Club sebagai penyedia tempat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda