Isnin, Julai 28, 2025
34.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persembahan Gerai Perayaan hidupkan tradisi lama

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 28 JULAI – Pengunjung Gerai Perayaan di Daerah Belait mengimbau nostalgia dan menghargai tradisi apabila menghadiri Malam Budaya Variasi Seni yang diadakan pada malam 25 Julai lalu di Tudong Saji, Kuala Belait.

    Acara yang dianjurakan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Sawat dengan kerjasama Gambus D’Muliawan menyaksikan kebangkitan semula alat muzik tradisional, gambus yang dimainkan.

    Kumpulan Gambus D’Muliawan yang terdiri daripada golongan belia dan pemuzik veteran, menyusun persembahan pelbagai lagu termasuk daripada lagu-lagu asli hingga ke lagu-lagu hit sejak beberapa tahun lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad. Beliau turut diiringi oleh Ahli MPK dan Ketua Kampung Bukit Sawat, Yang Berhormat Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Penolong Pegawai Daerah Belait, Muhammad Faiq bin Haji Rani, serta penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari seluruh Daerah Belait.

    Persembahan tersebut bukan sahaja dapat menghidupkan tradisi permainan muzik daripada gambus, malah dapat mengajak penonton menghayati persembahan seni dan tradisi untuk dinikmati.

    Tetamu kehormat dan hadirin yang menghadiri persembahan.

      Semua di atas: Antara suasana semasa persembahan tersebut.

    Sebahagian daripada pengunjung yang hadir.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda