Tuesday, July 15, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persembahan kebudayaan Brunei dipentaskan di Perak

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Kumpulan Seri Tari Budaya telah membuat persembahan tarian dan nyanyian di Hari Kemuncak Program Rentas Budaya Borneo di Panggung Percubaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak baru-baru ini.

    Persembahan berkenaan menampilkan satu nyanyian lagu tradisional asli Brunei oleh Nurul Mustapha dan juga tarian kebudayaan kreatif, iaitu Jipin Bedatang Sembah, Samalindang, Kain Jong Sarat, Selendang Kipas Dan Joget Seri Kenangan oleh sembilan penari.

    Program Rentas Budaya Borneo Anjuran UPSI telah bermula ada 24 hingga 27 April lalu mengumpulkan beberapa kumpulan dan persatuan kebudayaan termasuk wakil delegasi Brunei Darussalam, iaitu Kumpulan Seri Budaya Tari, yang diketuai oleh Awang Arif Hafizzuan bin Harun selaku Ketua Kumpulan Kebudayaan dan Seri Budaya Tari yang juga mewakili daripada Ahli Exco Kebudayaan Pergerakan Belia Impak, Pusat Belia Tutong dengan sokongan padu daripada Jabatan Belia Dan Sukan dan Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan.

    Pengerusi Pergerakan Belia Impak Tutong, dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Aziz bin Hamdan menyatakan, “penyertaan ke acara ini adalah satu peluang yang sangat besar bagi Exco Kebudayaan Pergerakan dan juga satu pencapaian yang baik dalam memperluaskan lagi Budaya serta memahami persamaan Budaya serumpun di Borneo “

    Beliau berharap semoga kumpulan kebudayaan terus dapat meneruskan usaha, meningkatkan kualiti budaya dan membangunkan nama negara di dalam dan luar negeri.

       Semua di atas: Antara persembahan semasa program berkenaan.

    Gambar ramai peserta dan ahli rombongan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda