Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persembahan kebudayaan, keagamaan hiburkan pengunjung

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 OGOS – Kemeriahan perayaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 di Daerah Belait masih dirasai pada malam terakhir dengan persembahan bercorakkan kebudayaan dan keagamaan di Tudong Saji, Kuala Belait, kelmarin.

    Persembahan yang dikendalikan oleh penghulu mukim, ketua kampung dan ketua rumah panjang (PEKERUPA) dari Daerah Belait itu merupakan acara kemuncak daripada beberapa sorotan terbaik daripada persembahan pada malam-malam perayaan sempena perayaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-73.

    Hadir sebagai tetamu kehormat bagi menyaksikan persembahan pada malam itu ialah Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin; ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku penghulu Mukim Liang yang juga pemangku penghulu Mukim Kuala Belait dan Pemangku Penghulu Mukim Labi, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput.

    Turut hadir ialah penghulu mukim, ketua kampung, ketua rumah panjang serta ahli-ahli dari majlis perundingan mukim dan kampung dari kawasan Daerah Belait.

    Malam perayaan itu dimeriahkan dengan 10 persembahan daripada beberapa kumpulan dan penduduk di sekitar daerah berkenaan, di mana pelbagai corak persembahan dari tarian tradisional sehingga persembahan muzik moden, serta pertunjukan kebudayaan seperti silat antara persembahan yang memeriahkan lagi suasana perayaan pada malam itu.

    Salah satu persembahan yang memeriahkan lagi pentas perayaan di Tudung Saji, Kuala Belait.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda