Oleh Daniel Lim BELAIT, 18 JULAI – Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, komuniti Tiong Hua Daerah Belait telah menganjurkan persembahan khas di gerai perayaan yang bertempat di Gerai Tudung Saji, Kuala Belait, malam kelmarin.

